Pelajar-pelajar semester 4 Diploma In Integrated Logistics Management pada semster Jan-Jun 2010 diwajibkan mengambil kursus Principles and Application (ProModel) di mana pelajar-pelajar perlu mengetahui pengurusan operasi industri bermula pengurusan bahan mentah dari gudang simpanan mahupun vendor sehinggalah kepada baris pemasangan seterusnya menjadi produk siap atau separa siap. Setiap elemen pergerakan, pemasangan, pembuatan, pemeriksaan kualiti dan lain-lain lagi akan disimulasikan ke dalam satu perisian yang dikenali sebagai ProModel ver 7.5.
Oleh yang demikian, pelajar perlu mendapatkan data buatan bagi membangunkan model simulasi tersebut. Bagi tujuan tersebut, lawatan ke Kilang Proton, Tanjung Malim telah dilaksanakan pada 18 Mac 2010 dan sebanyak 18 kumpulan mengambil bahagian. Daripada jumlah tersebut 4 kumpulan dipilih ke pertandingan akhir dan diadili oleh wakil pihak Proton, Usains dan juga perunding ProModel.
Post a Comment